RUMUSAN

Berdasarkan permasalahan yang timbul dalam Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar, pihak sekolah terutamanya pengetua dan juga semua barisan pentadbir yang lain perlu saling bekerjasama memainkan peranan masing-masing dalam membina, melaksanakan dan memantapkan lagi Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar agar lancar serta selesa untuk diguna pakai oleh barisan pelaksana iaitu guru-guru.  Di samping itu, guru-guru juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka secara sistematik berdasarkan panduan yang disebutkan dalam Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar. 

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar ialah menyediakan perancangan pengajaran seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan cara menulis buku rekod mengajar, menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian serta membuat perancangan dan pelaksanaan penilaian.  Dengan adanya panduan dan perancangan ini, pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan. 

Tuntasnya, ilmu Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar ini amat penting bagi mencapai tahap kualiti yang maksimum dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana sesuatu perancangan tanpa pengurusan daripada guru akan memberi impak yang negatif kepada pelajar dan juga tahap kualiti pendidikan di Malaysia. Oleh itu, para guru seharusnya menitikberatkan aspek tersebut dalam pengajaran supaya usaha ini dapat mendukung di samping merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, sejurus usaha ini juga adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Comments